Salam Perkenalan dari Jejaka Malaya

Bismillahirahmanirahim. 

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Salam perkenalan mesra dari Jejaka Malaya selaku kemunculan terbaru dalam dunia blogger sealam semester ini. Penulisan ini adalah lahir dari minat sebagai seorang penulis yang inginkan perkongsian ilmu bersama pembaca. Saya percaya kewujudan ini akan memberikan anjakan baru dalam era penulisan saya mengikut selera dan kaedah tersendiri. Semoga ia menjadi satu wadah mulia untuk perkongsian segala maklumat bersama pembaca yang ilmuan dan budiman.

Saya seorang pemadah sastera yang terlalu cintakan bahasa. Bahasa jiwa bangsa selari dengan permodenan semasa yang agung akan kecintaan bahasa. Pepatah melayu yang terlalu halus dari zaman pra sejarah membawa kecintaan dan keseronokan buat saya untuk terus berada dalam dunia penulisan.

Penulisan saya akan diketengahkan kepada penulisan berjiwa bahasa yang inginkan kefahaman dan motif yang jelas kepada para pembaca. Saya akan menampilkan pelbagai judul bagi menambah kepelbagaian penceritaan yang bermutu untuk tidak menjemukan pembaca budiman sekalian. Penulisan dalam blog ini akan berkisar kepada kehidupan semasa dan mendatang dalam pelbagai aspek yang menguntungkan semua pihak.

Diharapkan kemunculan penulisan ini akan mendapat perhatian dan kesetian semua dan saya amat yakin untuk menjadikannya satu kejayaan yang semua impikan. Yang paling penting adalah kepuasan dalam penulisan yang boleh menusuk sanubari pembaca seterusnya menjadikan motif serta isi dapat diterima secara baik.

Akhir kata, sambutlah daku dalam dunia baru. Jadikan daku sebahagian daripada hidupmu. Nescaya impian mu dan hasratku akan bersemadi dalam satu penulisan yang murni tulus dari hati. Salam perkenalan dari saya Jejaka Malaya. Sekian, terima kasih.


Comments